KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ?



Benda ni biasa dikalangan ibu-ibu diluar sana nak pula ada ibu diluar sana tak mampu nak beli buaian moden. Jika nak pakai buaian sarung pastikan anda mengikut langkah ini :

✅ Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian sarung supaya jika bayi anda jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai.
✅ Sentiasa letakkan bayi anda di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap.
✅ Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh.
✅ Semakin bayi anda membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai.
✅ Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung.

Jika anda mahu menggantungkan buaian sarung pada rangka boleh lipat, dapatkan rangka empat segi yang yang stabil dan tegap, berbanding dengan yang menggantung buaian sarung pada rangka tiga segi (ini kurang stabil dan lebih mudah terbalik).

Semoga Bermanfaat !


#infobymhamsb #MinyakHerbaAsmak

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

TIPS MENJEMPUT REZEKI