KALAU KULIT BAYI SAYA SENSITIF MACAM MANA ?
Jika bayi anda menghidap ekzema atau luka-luka kecil, lebih baik jika anda elakkan daripada menggunakan minyak sayuran yang tinggi kandungan asid oliek, iaitu satu lagi jenis asid lemak. Minyak jenis ini agak kuat sedikit berbanding minyak sayuran yang kaya dengan asid linoleik ataupun minyak bayi mineral.
Asid oliek boleh membuat sesetengah lapisan pada kulit bayi lebih telap. Ketelapan ini dapat membantu minyak dan air diserap ke dalam kulit bayi. Namun ketelapan ini juga bermaksud pergerakan kelembapan berfungsi pada kedua-dua arah. Oleh itu, jika kulit bayi sudah sedia kering dan lembut, asid oleik boleh menyebabkan lebih banyak kelembapan hilang daripadanya.
Minyak-minyak sayuran yang biasanya mengandungi tahap asid oleik yang tinggi termasuk:
✅ minyak zaitun
✅ minyak biji bunga matahari dengan asid oleik tambahan
Jika anda memeriksa label pada minyak sayuran, kandungan asid oleik atau asid linoleik biasanya tidak disenaraikan. Sebaliknya, kandungan lemak politaktepu atau monotaktepu akan disenaraikan.
Minyak sayuran yang mempunyai asid linoleik yang tinggi juga tinggi kandungan lemak politaktepu. Minyak yang tinggi kandungan asid oleik pula tinggi kandungan lemak monotaktepu.
#InfoByMhamsb #MinyakAsmak #EssentialOil
Comments
Post a Comment