Posts

Showing posts from January, 2019

RUAM LAMPIN

Image
Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang. Jika bayi anda terkena ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas kemaluannya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik. Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk: ❌ Infeksi yis, seperti kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Ja

CIRI-CIRI ANJING YANG DIJANGKITI RABIES

Image
Penyakit rabies ni sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa anda. Kanak kanak sering menjadi mangsa virus maut ini. untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda kena tahu ciri-ciri anjing yang membawa virus ini iaitu : 💀 Gelisah dan agresif 💀 Menyendiri 💀 Takut cahaya 💀 Air liur berlebihan (tanda paling nyata) 💀 Mengigit apa sahaja 💀 takut air 💀 Takut suara Sentiasa awasi anak anda terutama dikawasan yang mempunyai banyak anjing ! #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

RABIES @ ANJING GILA

Image
PENYAKIT anjing gila atau dikenali sebagai rabies ialah penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas. Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan mangsa yang dijangkiti biasanya akan menemui ajal. Penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain melalui gigitan daripada haiwan berjangkit. Sentiasa awasi anak-anak anda bila bermain di luar. Jangan biarkan mereka berseorangan. #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

CARA MENGURANGKAN BENGKAK EDEMA

Image
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan. ✅ Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah. Senaman ringan yang boleh dilakukan di pejabat untuk merawat kaki bengkak ketika hamil/edema. Sumber gambar :Slism ✅ Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Senaman ringan yang boleh dilakukan di pejabat untuk merawat kaki bengkak ketika hamil/edema. Sumber gambar : Slism ✅ Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak

JAUNDIS @ DEMAM KUNING

Image
Apa tu Jaundis ? Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. Apa pulak tu Bilirubin? Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. Jaundis selalu kena pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kelahiran Apa punca Jaundis ni ek? Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang. #InfoByMhamsb #AsmakByMhamsb

APA ITU EDEMA@OEDEMA ?

Image
Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa. Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. APA ITU EDEMA@OEDEMA ? Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak d

TINDAN CHALLENGE.

Image
SEMATA-MATA NAK IKUT TREND, HINGGA LUPA BAHANA KEMUDIAN HARI. NGERI! Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini. Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera. Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang. Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi. Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak? FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK ✅ Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak. ✅ 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK

KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ?

Image
Benda ni biasa dikalangan ibu-ibu diluar sana nak pula ada ibu diluar sana tak mampu nak beli buaian moden. Jika nak pakai buaian sarung pastikan anda mengikut langkah ini : ✅ Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian sarung supaya jika bayi anda jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai. ✅ Sentiasa letakkan bayi anda di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap. ✅ Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh. ✅ Semakin bayi anda membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai. ✅ Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung. Jika anda mahu menggantungkan buaian sarung pada rangka boleh lipat, dapatkan rangka empat segi yang yang stabil dan tegap, berbanding dengan yang menggantung buaian sarung pada rangka tiga segi (ini kurang stabil dan lebi

MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ?

Image
Sebelum ni saya ada share mengenai persaingan antara adik beradik. Harini saya nak sambung sikit lagi mngenai tips bagaimana nak elak persaingan antara adik beradik ni. Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempersiapkan anak anda sebelum meyambut kehadiran ahli keluarga yang baru. ✅ Beritahu anak kecil anda tentang kelahiran yang bakal berlaku. Jelaskan pada anak anda dengan nada yang lembut dan bahasa yang mudah. ✅ Terangkan kepadanya apa yang akan berlaku di rumah apabila bayi tiba. Jangan sesekali buat anak anda merasa berat sebelah ✅ Biar anak anda terlibat dalam persediaan menyambut bayi anda. Tanya anak anda baju apa,warna apa, bentuk apa yang sesuai dgn adiknya nanti. Baru mereka rasa tak tersisih ✅ Beritahu dia apa yang akan berlaku apabila anda pergi ke hospital untuk bersalin. Jangan sesekali buat anak anda terpinga-pinga. Kena pastikan dia tidak sunyi. Jika anda ada cara yang lebih selesa dan mudah boleh gunakan yang penting jangan sesekali anda bekas

BAHANA RESDUNG

Image
GATAL HIDUNG , GATAL MUKA. JERAWAT PUN MAKIN BERMAHARAJALELA. Ohhh tidakkkk. Asal makan seafood jur, mesti jadi gini.😔 Kejap-kejap BERSIN , Kejap-kejap genyeh-genyeh hidung. Mata GATAL , muka GATAL, Yang tak tahan hingga ke telinga sekali gatal.😩 Spoil mood kerja satu hari. Segan dan malu tak payah nak cakap lah. Boleh bergegar opis, sekali bersin. Tersentak-sentak orang lain. Opps sorry. Masalah i ni tak mampu dikawal lagi. Alaaa.. Bila la habis ni 😓 Ada masalah resdung? Jika ada, masalah gatal hidung dan bersin memang kadangkala mencabar thermometer tahap kesabaran. Apa kata bawak bekal Asmak Herbs sebotol. Jika resdung, boleh amalkan.Teringin sangat nak makan seafood? Sebelum makan, pun boleh amalkan. Bila bersin dan gatal hidung settle, kita nak buat kerja pun hepi dan lebih bersemangat. Tiada lagi gangguan lagi dah. Fuhhh, lega jiwa dan raga😁 Nak lega? Kontek kak siti yer Www.wasap.my/60197582312/PenawarResdung #ProdukAsmakMujarab #ProdukS

ANAK-ANAK SERING BEREBUT BARANG? BAGAIMANA NAK ELAKKAN PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK INI?

Image
MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ? Sebelum ni saya ada share mengenai persaingan antara adik beradik. Harini saya nak sambung sikit lagi mngenai tips bagaimana nak elak persaingan antara adik beradik ni. Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempersiapkan anak anda sebelum meyambut kehadiran ahli keluarga yang baru. ✅ Beritahu anak kecil anda tentang kelahiran yang bakal berlaku. Jelaskan pada anak anda dengan nada yang lembut dan bahasa yang mudah. ✅ Terangkan kepadanya apa yang akan berlaku di rumah apabila bayi tiba. Jangan sesekali buat anak anda merasa berat sebelah ✅ Biar anak anda terlibat dalam persediaan menyambut bayi anda. Tanya anak anda baju apa,warna apa, bentuk apa yang sesuai dgn adiknya nanti. Baru mereka rasa tak tersisih ✅ Beritahu dia apa yang akan berlaku apabila anda pergi ke hospital untuk bersalin. Jangan sesekali buat anak anda terpinga-pinga. Kena pastikan dia tidak sunyi. Jika anda ada cara yang lebih selesa dan

BETUL KER KANDUNGAN MINYAK HERBA ASMAK INI RARE?

Image
RAMUAN ALAM YANG “RARE” 🌸*GAMAT GOLD*🌸 ✅Bagi penduduk pesisiran pantai Semenanjung Malaysia, spesies timun laut Stichopus horrens (2012) daripada Genus Stichopus yang lebih dikenali sebagai ‘gamat emas’ kerana warna badannya yang kekadang kelihatan dalam air seperti tongkol emas. ✅Terkenal dikalangan pengamal perubatan traditional disebabkan khasiatnya. Gamat membantu mengurangkan penyekatan saluran pernafasan (asma), penyembuhan luka, anti bakteria dan kesan analgestik (penahan sakit semulajadi). 🌸*HABATUSSASUDA*🌸 ✅Nama saintifiknya ialah Nigella Sativa ✅3 bahan kimia asli yang ada pada habbatussauda iaitu thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan thymol ✅Mengandungi kalsium, serat, zat besi, kalium, protein, kharbohidrat dan kandungan lemak yang sihat. ✅Kebaikan habbatussauda yang tersendiri dapat membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan dan berkesan untuk mengurangkan sinusitis akut ataupun resdung. 🌸*MINYAK ZAITUN*🌸 ✅Minyak Zai

KALAU KULIT BAYI SAYA SENSITIF MACAM MANA ?

Image
Jika bayi anda menghidap ekzema atau luka-luka kecil, lebih baik jika anda elakkan daripada menggunakan minyak sayuran yang tinggi kandungan asid oliek, iaitu satu lagi jenis asid lemak. Minyak jenis ini agak kuat sedikit berbanding minyak sayuran yang kaya dengan asid linoleik ataupun minyak bayi mineral. Asid oliek boleh membuat sesetengah lapisan pada kulit bayi lebih telap. Ketelapan ini dapat membantu minyak dan air diserap ke dalam kulit bayi. Namun ketelapan ini juga bermaksud pergerakan kelembapan berfungsi pada kedua-dua arah. Oleh itu, jika kulit bayi sudah sedia kering dan lembut, asid oleik boleh menyebabkan lebih banyak kelembapan hilang daripadanya. Minyak-minyak sayuran yang biasanya mengandungi tahap asid oleik yang tinggi termasuk: ✅ minyak zaitun ✅ minyak biji bunga matahari dengan asid oleik tambahan Jika anda memeriksa label pada minyak sayuran, kandungan asid oleik atau asid linoleik biasanya tidak disenaraikan. Sebaliknya, kandungan lemak politaktepu

MINYAK JOJOBA BAIK UNTUK RAWATAN RAMBUT

Image
Pernah dengar tentang Minyak Jojoba? Minyak jojoba dihasilkan dari perahan biji yang berasal dari tanaman ini. Minyak Jojoba banyak mengandung vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi kesihatan kulit kepala dan rambut. Beberapa kandungan dalam minyak jojoba yang esensial diantaranya adalah vitamin E, vitamin B-komplek, tembaga dan iodin. Minyak jojoba juga cukup lembut untuk digunakan pada kulit yang sensitif tanpa menimbulkan reaksi alergik. Antara kebaikan jojoba oil pada kulit kepala dan rambut. 1. Mengatasi Masalah Kulit Berminyak Mungkin terdengar menakutkan bila kita menyapu minyak pada kulit kepala berminyak, namun minyak jojoba dapat membantu mengatasi jumlah sebum (minyak) pada kulit kepala. 2. Pelembab Serbaguna Minyak jojoba dapat digunakan sebagai pelembab mulai dari akar rambut hingga ke hujung rambut.hanya dengan menggunakan 4 ke 6 titis pada kulit kepala dan akar rambut,rambut menjadi hitam dan kelihatan lembab. 3. Mengatasi Masala

MINYAK APA SESUAI UNTUK MENGURUT BAYI?

Image
MINYAK MENGURUT BAYI Kebiasaannya ibu-ibu akan menggunakan minyak untuk mengurut bayi mereka bagi memastikan bayi mereka lebih selesa ketika diurut. Lain orang lain pandangan mereka mengenai urutan menggunakan minyak. Sesetengah ibu suka menggunakan minyak bayi mineral, manakala sesetengah yang lain pula memilih minyak sayuran tertentu. Sesetengah minyak dikatakan lebih mudah meresap ke dalam kulit bayi. Samada minyak yang meresap ke dalam kulit ataupun yang menjadikan kulit berminyak dan licin, semuanya terpulang kepada anda untuk memilihnya Tapi terdapat beberapa minyak ataupun krim yang tidak digalakkan untuk digunakan ketika mengurut bayi : ❌ Minyak biji sawi, kerana kaedah pemprosesannya menyebabkannya tercemar dengar biji-bijian lain. ❌ Minyak kacang tanah, kerana protein di dalamnya boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit bayi, kecuali jika ia jenis minyak ditapis ❌ Krim aquos, kerana ia mengandungi bahan pencuci yang mungkin menyebabkan kegatalan pada kulit ba

KHATAN BAYI PEREMPUAN : APA YANG DIPOTONG ?

Image
Mengkhatan bayi perempuan, atau istilah yang lebih tepat iaitu khifad, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Secara amnya, ia merupakan satu prosedur yang selamat dan tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi. Menurut pakar BabyCenter, Profesor Dr Nik Hazlina Nik Hussain, khifad melibatkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris. Kaedah yang betul adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris sahaja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan. Menurut Profesor Dr Nik Hazlina lagi, lazimnya di Malaysia, kanak-kanak perempuan dikhatankan semasa mereka bayi lagi untuk mengelakkan rasa malu. Waktu yang paling sesuai ialah sebelum bayi tersebut mencapai usia setahun, iaitu sebelum bayi boleh berjalan. Malah, ramai juga kanak-kanak perempuan yang dikhatank

MAKANAN UNTUK IBU SEMASA MENYUSU

Image
Ketika menyusukan bayi anda, anda seharusnya memastikan diri anda mempunyai nutrisi yang mencukupi bagi menghasilkan susu yang banyak khas untuk bayi anda. Antara makanan yang sesuai dengan ibu yang sedang menyusu ialah : ✅ Nasi perang & bijiran ✅ Buah-buahan & sayur sayuran ✅ Makanan berasaskan protein, kalsium & zat besi ✅ Kekacang ✅ Telur ✅ Kurma ✅ Bawang putih Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. S

SAKITNYERR PAYU DARA MEMBENGKAK

Image
Setiap ibu-ibu yang lepas bersalin pasti merasa perkara sebegini. Ada yang sampai demam bila menghadapi perkara begini. Tak perlu risau sebab benda ni hanyalah sementara sahaja. Apa punca payudara bengkak dan sakit ni ? 🤔 Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. #InfoByMhamsb #MinyakHerb