20 KELEBIHAN STEVIA YANG RAMAI TIDAK TAHU
1. Mencantikkan Gula Dalam Darah
Kajian telah dilakukan antara gula dan stevia. Terbukti, stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah anda dengan lebih berkesan dan lebih baik.
2. Menghalang Jangkitan Candidiasis
Stevia dapat menghalang jangkitan bakteria atau yis yang berkembang dan membiak di dalam tubuh badan anda. Sekiranya anda menikmati gula biasa, yis akan bekembang dan membiak dengan jayanya.
3. Rendah Kalori Dan Tiada Kolestrol
Dengan mengamalkan stevia sebagai gula, kalori dalam tubuh badan anda akan lebih rendah. Anda dapat mengelakkan diri dari masalah berat badan dan kolestrol berlebihan.
4. Tidak Beku Dalam Badan
Pengambilan gula menyebabkan komponen pemanis terlekat dan terkumpul di dalam badan sedangkan stevia tidak. Stevia mengandungi steviol glycosides yang menghasilkan air kencing dalam sistem penghadaman dan tidak dikumpulkan. Begitulah sebaliknya jika anda mengambil gula.
5. Melawaskan Kencing
Ramai yang tidak tahu tentang kebaikan stevia adalah ia juga dapat melawaskan kencing anda dengan mudah. Semuanya bermula dengan sistem pencernaan dan penghadaman yang lancar setelah mengambil stevia.
6. Menurunkan Tekanan Darah
Berbeza dengan gula, stevia dapat menurunkan tekanan darah anda dengan mudah. Jangan terkejut jika anda tidak amalkan gula dalam pemakanan tetapi mengamalkan stevia, tiba-tiba tekanan darah turun dengan baik.
7. Menurunkan Berat Badan
Berat badan akan mudah turun jika mengambil stevia dalam pemakanan dan minuman. Kebaikan stevia ini membuatkan ramai wanita dan lelaki berumur mula mengamalkannya. Anda pula bagaimana?
8. Antibakteria
Seluruh tubuh badan anda mungkin akan dijangkiti dengan bakteria. Namun dengan adanya stevia, anda tidak mudah terdedah dengan bakteria lagi. Kebaikan stevia atau ciri-cirinya yang hebat adalah antibakteria terhadap tubuh badan anda.
9. Antiradang
Salah satu kebaikan stevia juga adalah ia bersifat antiradang. Anda tidak akan mengalami gatal-gatal badan, ruam dan lain-lain lagi jika anda pengguna stevia. Penyakit kulit juga dapat diatasi dengan mudah.
10. Mengelakkan Obesiti
Obesiti berlaku akibat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Walaupun anda tidak bersenam, anda tidak akan terdedah dengan risiko obesiti sekiranya anda menukarkan gula dengan stevia. Ini kerana stevia bebas dari kolestrol dan kalori.
11. Meningkatkan Tenaga
Herba semulajadi yang berfungsi sebagai pemanis memberikan anda tahap tenaga yang berpanjangan dan kuat. Jangan risau, ia bukanlah gula berlebihan yang bertukar menjadi karbohidrat dan lemak. Anda tidak akan terjejas sedikit pun.
12. Menguatkan Rambut Dan Kuku
Jangan terkejut jika stevia juga berfungsi sebagai kalsium. Antara kebaikan stevia yang ramai tidak tahu adalah ia dapat menguatkan rambut dan kuku. Anda boleh mengamalkan stevia dari kecil lagi terutamanya jika anda bukanlah seorang penggemar susu.
13. Mengatasi Tekanan Dan Hypertension
Pendek kata, stevia memberikan pendekatan untuk anda amalkan gaya hidup sihat tanpa mengalami tekanan mahupun hypertension. Kebaikan stevia dari segi menguatkan mental juga dapat mengelakkan seseorang itu menghadapi tekanan perasaan dan hypertension.
14. Mengatasi Masalah Insomnia
Masalah insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam adalah masalah kesihatan yang sangat serius dan bakal menjejaskan kualiti hidup anda. Ubahlah gaya pemakanan anda dengan menggunakan stevia sebagai gula dalam minuman, pasti insomnia anda akan berkurangan dan diatasi dengan mudah.
15. Mengelakkan Kencing Manis
Jangan risau jika anda pesakit kencing manis yang ingin menikmati makanan manis. Ekstrak stevia menghalang anda daripada mengalami sakit akibat kencing manis dan luka-luka. Stevia membantu menyeimbangkan kawalan paras gula dalam darah anda dengan berkesan dan baik.
16. Melicinkan Kulit Dan Awet Muda
Nak kulit flawless dan gebu? Menjadikan kulit lebih licin dan awet muda adalah salah satu kebaikan stevia yang harus anda tahu. Rupanya ia juga mencantikkan kulit dan menjadikan anda lebih awet muda.
17. Memutihkan Kulit Wajah
Stevia juga mengandungi vitamin dan mineral tanpa protein yang berfungsi memutihkan wajah. Bonus bagi anda yang tidak suka makan sayur tetapi mengamalkan stevia dalam pemakanan. Kulit wajah akan tampil cerah dan putih.
18. Melancarkan Sistem Pembuangan
Kadang-kadang rasa susah sahaja untuk membuang toksin dari dalam badan kan? Adakalanya sistem pembuangan tidak lancar dan harus anda beri perhatian. Jom tukarkan gula pasir kepada ekstrak stevia supaya anda dapat membuang dengan lebih lancar lagi.
19. Menjimatkan Kos Barang Dapur
Kos barang dapur termasuk gula pasir yang anda beli setiap bulan boleh dijimatkan sekiranya anda bertukar kepada ekstrak stevia. Kebaikan stevia lebih banyak dari gula pasir dan kesannya lebih bagus. Di samping menjimatkan kos barang dapur, anda juga boleh menambah baik tahap kesihatan anda.
Kebaikan stevia yang terakhir adalah ia dapat menghalang anda daripada mengalami keletihan yang berlebihan. Badan yang lemah juga dapat diatasi sekiranya anda mengamalkan stevia.
Stokis Asmak Putrajaya.
Pengedar Sah Mhamsb
0197582312
Comments
Post a Comment