SAYA ADA ASMA. BOLEH KAH SAYA BERSUKAN?


Ada Asma, Masih Boleh Bersukan Ke?
.
Bila dilihat, asma dan aktiviti sukan nampak macam tak boleh duduk semeja, baring sekatil. Tak kena pada pandangan logik di mata kita. Tak takut sesak nafas ke semasa bersukan?
.
Tapi, anda silap.
.
Ada ramai ahli sukan yang mempunyai asma walaupun mereka aktif bersukan. Malah, ada antara mereka yang berjaya memecahkan rekod walaupun hidup dengan kekurangan tersebut. Siapakah mereka?
.
🏐*Jackie Joyner-Kersee* – Beliau merupakan seorang pemain bola jarring yang terkemuka. Beliau memenangi 3 pingat emas dan 1 perak walaupun ketika itu jurulatihnya tidak tahu mengenai asma yang dihidapi.

🏊‍♀*Amy Van Dyken* – Beliau adalah seorang atlet renang, sukan yang memerlukan atletnya menahan nafas. Nampak macam mustahil kan? Namun Amy berjaya memenangi 6 pingat emas di dalam 2 sukan olimpik yang berasingan.

🏊‍♂*Tom Dolan* – Kes Tom adalah lebih unik berbanding yang lain. Beliau mempunyai salur pernafasan yang agak cacat, iaitu sempit. Namun, sukan renang yang diceburinya adalah sukan yang paling berjaya.

🚴‍♂*Paula Radcliffe* – Asma ketika berumur 14 tahun tidak menghalang Paula meneruskan minatnya dalam sukan marathon. Dalam sejarah, beliau telah menyertai 4 sukan olimpik dan memenangi emas pada tahun 2005.

🏈*Jerome Bettis* – seorang atlet American football yang terkenal. Siapa yang rajin menonton sukan ini, mesti tahu mengenai jenis gerakan yang perlu ada dalam sukan ini – semua laju dan memenatkan!

.
Kesimpulannya, asma bukanlah titik noktah bagi mereka untuk bersukan. Dengan langkah yang bijak dan mengikut nasihat doktor, mereka boleh mencapai lebih dari orang lain.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

TIPS MENJEMPUT REZEKI