"KALAU NAK BEDUNG, BEDUNG DENGAN BETUL!"
Tradisi membedung bayi telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak dari dulu lagi. Membedung bayi dapat membuatkan bayi berasa aman dan selesa. Tetapi ramai ibu-bapa masih lagi tidak tahu cara yang betul. membedung bayi dengan cara yang salah boleh membuatkan bayi berisiko tinggi untuk menghidap sakit hip dysplasia iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul.
Ikuti perkongsian dari Dr. Nimelesh Max Balanthiren untuk cara bedung bayi yang betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para ibu-bapa di luar sana.
Kerap kali saya berjumpa ibu bapa yang membedung anaknya dengan ketat sekali.
Bila ditanya, "alaa Doktor kalau tak bedung, nanti bila besar akan jalan kengkang" ini lah alasan yang diberi oleh mereka. Bukan sahaja di Kota Tinggi, masa i buat attachment Housemanship (Paeds Orthopedik) kat HKL pun dengar benda yang sama.
Ini adalah tidak benar sama sekali.
Tiada masalah untuk bedung bayi. Pada pendapat saya ada banyak kebaikan bedung bayi
- Bayi akan berasa lebih selamat
- Bayi akan berasa lebih tenang dan selesa
- Bedung dapat mengekalkan suhu badan bayi dan baby tak akan rasa sejuk
- Bedung dapat membantu bayi untuk tidur dengan lena dan lebih lama tanpa gangguan
- Bedung dapat mengurangkan risiko SIDS kerana bayi akan berada pada posisi terlentang semasa tidur.
APA YANG BERLAKU SEKIRANYA ANDA BEDUNG DENGAN SALAH ?
Maksud salah adalah - Bayi dibedung dengan KETAT di bahagian pinggul dan kaki. Ini boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya - dipanggil sebagai “hip dysplasia”
Menurut statistik 1-2 bayi dalam 1000 bayi akan mengalami “Hip Dysplasia”.
Tanda Tanda hip dysplasia pada bayi adalah sendi pinggul yang bergerak secara berbeza dari sendi lain, dan kaki mungkin kelihatan lebih pendek daripada yang lain.
Kadang kala tanda tanda ini susah dikenal pasti dan apabila dikenal pasti -ia mungkin sudah lambat di mana pembedahan perlu dilakukan. Ada yang hanya dapat tahu anaknya ada “hip dysplasia” apabila anak mula nak berjalan.
Sebab itu amat penting untuk anda membedung anak dengan cara yang betul. Biarkan ada ruang untuk kaki bayi bergerak.
Masa nak beli kerusi kereta bayi atau baby carrier pun kena pilih betul betul.
7 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI
======================================
Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.
1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN
Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
3. . PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU
Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.
Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.
4. . SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?
Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.
5. . ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA
Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.
Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.
6. . PILIH FABRIK YANG SESUAI
Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!
Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.
7. TEKNIK MEMBEDUNG BAYI YANG BETUL
Ada pelbagai cara membedung bayi yang boleh dilakukan, walaupun hanya dengan menggunakan kain lampin atau kain berbentuk segiempat yang selesa.
Antara cara yang paling mudah adalah:
1- Tempatkan kain bedung di atas permukaan yang rata dengan sudut kain berada di atas. Kemudian, salah satu hujung di atas sedikit hingga kain hampir menyerupai bentuk segitiga.Tempatkan bayi di atas kain bedung, tepat di bahagian tengah. Lipatan atas kain bedung bayi adalah di sekitar bahu.
2-Tarik hujung kain di sisi kiri bayi hingga menutupi lengan kiri hingga dadanya. Selitkan hujung kain tersebut di bahagian bawah ketiak kanan.
3-Seterusnya, lipat kain bedung bayi bahagian bawah ke atas. Jangan terlalu ketat, biarkan ada ruang di sekitar kaki bayi.
4- Akhir sekali, ambil hujung kain bedung sebelah kanan bayi hingga menutupi tubuhnya. Kemudian lipat lebihan kain bedong bayi ke belakang punggung bayi.
Semoga Bermanfaat
Sumber: https://sinar.my/viral/trending/bedung-bayi
https://siraplimau.com/cara-bedung-bayi-yang-betul-hip-dysplasia/
Comments
Post a Comment