Posts

SESUAI TAK JIKA KITA 𝐌𝐈𝐍𝐔𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐔 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐇𝐀𝐑𝐈

Image
“Dahaganya tapi boringlah minum air masak. Sedapnya kalau dapat pekena Sprite ke, Pepsi ke. Tapi…hari ni sudah banyak minum air manis-manis. Tak pasal kena kencing manis pulak, alahai..” MANIS TAPI SIHAT? Ya, memang lega kalau dapat minum air sebegitu. Tapi, tidak digalakkan selalu kerana mengandungi kadar gula yang tinggi. Kan tidak baik untuk kesihatan… Eh, ada ke air yang manis, tapi bagus untuk kesihatan? Ada, tak percaya? KESAN APABILA SELALU MINUM MADU Anda boleh minum madu yang dicampur dengan segelas air kosong. Enak diminum semasa panas mahupun sejuk. Secawan sehari sudah cukup memadai. Ini kerana madu: 1. MENGURANGKAN ANGIN DALAM BADAN Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air madu suam. Anda akan dapati angin semakin kurang dan rasa selesa. 2. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral yang mampu memerangi bakteria dalam badan sekali gus meningkatkan sistem ketahanan diri. 3. MEMBUANG TOKSIN S...

MADU VS BATUK

Image
Biasa kalau anak-anak anda batuk anda bagi mereka makan apa ? Kebiasaannya ibu bapa dekat luar sana akan bagi ubat batuk tak pun antibiotik. Antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. . Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik. Dari bergantung dengan antibiotik apa kata anda tukar kepada madu. Sama dengan ubat batuk, anda akan dapat lihat kelebihan madu yang mempunyai pelargonium, guaifenesin dan dextromethorphan. Bahan-bahan ini terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan simptom batuk dan kahak. Madu dianggap alternatif yang kurang radikal dan rawatan efektif untuk penyakit dalam masa beberapa minggu pengambilannya. Oh yee madu tiada tarikh luput so anda boleh simpan berapa lama pun. Bila batuk je terus makan madu. Semoga bermanfaat 😊 #MinyakHerbaAsmak #AnakSihatIbuSenang #WeAreFamily SitiKadir Stokis A...

BILA ANAK SELESEMA

Image
Kali pertama Faiha selesema waktu umurnya  3 bulan. Apa yang Kak Wa buat adalah: 1. Terus sapu minyak herba Asmak bila nampak tanda-tanda nak selesema. Dia dah start merengek dan asyik nak berdukung ja. Kita boleh nampak ada hingus keluar dari lubang hidung.  2. Gunakan air suam bila mandikan bayi. Kak Wa masukkan jugak hirisan lemon dan 2-3 titik minyak herba Asmak dalam besen mandi Faiha. Lepas mandi dia rasa lebih selesa dan hingus lebih mudah keluar. 3. Lepas mandi wajib sapukan minyak herba Asmak pada dada, leher dan tapak kaki. Kak Wa calit sikit kat lubang hidung guna putik kapas tu. Walaupun hingus masih ada tapi tak melarat jadi kuning pekat. Faiha aktif macam biasa. Hari keempat dah hilang selesema Faiha. Alhamdulillah. Mama senang hati😍 Jadi wajibla simpan sebotol minyak hitam ni kat rumah. Dah ada ka? Kredit Zura Bakar #PetuaSelesema #StokisAsmakPutrajaya #MinyakHerbaAsmakPutrajaya  SitiKadir Stokis Asmak Putrajaya . Pengedar Sah Mhamsb 0197582312

BOLEH KER MADU ASLU DIAMALKAN OLEH BAYI BERUMUR 1 TAHUN KE BAWAH?

Image
Soalan tentang madu: Kenapa doktor-doktor perubatan tidak bagi galakan bagi bayi yang berumur dibawah 12 bulan makan madu?  Jawapannya: Madu asli tidak ada bakteria dan kulat sebab bakteria dan kulat tak boleh hidup dalam madu asli (jika benar ini madu asli laaa).  Tetapi ada sejenis bakteria clostridium botulinum yang boleh membiak melalui penghasilan spora. Selalunya spora ini berada di dalam tanah. Kadangkala spora clostridium botulinum boleh terdapat di dalam madu asli. Kajian di USA menunjukkan mereka menjumpai spora ini di dalam 10% madu asli di USA.  Disebabkan bakteria ini tak boleh hidup dalam madu asli, spora ini pun tidak boleh bercambah di dalam madu asli.  Tetapi, jika spora clostridium botulinum masuk ke dalam usus bayi, ia boleh bercambah di dalam usus bayi yang masih belum matang.  Bila spora bercambah, ia mengeluarkan botulinum toxin. Sistem penghadaman yang matang bukan hanya boleh melawan spora ini tidak membena...

5 JENIS SAKIT PERUT YANG BIASA DIALAMI ORANG DEWASA

Image
1. #Kembung_perut Makanan tertentu boleh menyebabkan rasa kembung, senak perut, sering sendawa dan kentut. Cara mengatasi: Makan perlahan-lahan dan jangan makan terlampau banyak Kurangkan minum air gas dan minuman manis Elakkan makanan yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis Kurangkan makan makanan tinggi lemak Semak dulu kalau anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu 2. #Pedih_ulu_hati Biasanya disebabkan senak perut atau perut yang terlalu penuh dan masalah pencernaan. Cara mengatasi: -Kurangkan kafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak - Makan dalam kuantiti yang kecil - Makan perlahan-lahan - Jangan baring selepas makan - Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat - Kurangkan berat badan - Berhenti merokok 3. Sakit ketika #haid atau #senggugut Senggugut ialah rasa sakit perut ketika datang period. Sesetengah wanita juga akan rasa senak perut kerana perubahan hormon semasa haid boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan. Cara mengatasi: - Be...

5 PANDUAN MEMILIH SET MANDIAN BAYI

Image
Bila ada anak kecil ni, segala-galanya mestilah lengkap  from head to toe,  termasuklah kelengkapan mandian untuk si manja. Yelah, kita sebagai ibu bapa ni hanya nakkan yang terbaik untuk si manja. Walaupun kat luar sana terdapat lambakan produk mandian yang boleh kita pilih, tapi ibu bapa kena berhati-hati, risau ada bahan berbahaya dan mungkin sensitif pada kulit si manja. Haa..kalau pening dan tak tahu nak pilih produk apa yang sesuai untuk si manja, apa kata anda ikuti tips-tips yang kami kongsikan ni.. SitiKadir Stokis Asmak Putrajaya . Pengedar Sah Mhamsb 0197582312

BISA SEMUT CHARLIE😖

Image
Jika korang terlihat serangga kecil yang secara zahirnya kelihatan seperti semut, tetapi mempunyai badan berbelang berwarna hitam merah. Sebaiknya ,kita kena lebih berhati-hati dengan serangga ini kerana ia mempunyai bisa dan sangat berbahaya. Semut Charlie atau nama saintifiknya Staphylinidae hanya bersaiz kecil, namun serangga ini mampu memberi kesan yang teruk kepada manusia sekiranya terkena bisanya. Toksin Semut Charlie dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung (Cobra). Gigitan semut itu boleh memberi kesan seperti bengkak, sakit dan gatal terutama kepada kanak-kanak.  Untuk info lebih , jemput baca gambar yang Kak Siti save dibawah. Info macam ni, sedikit sebanyak kita kenalah amik tau.    Teringat terbaca testimoni customer , bayi nya berusia 4 bulan terkena gigitan Semut Charlie. Allahuakbar. Kesiannya. Tak dapat bayangkan keperitan bayi sekecil tu. Ibunya cuba ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak je. Asalnya, cuma nak elakkan ubat disapu kat ...