BOLEH KER MADU ASLU DIAMALKAN OLEH BAYI BERUMUR 1 TAHUN KE BAWAH?



Soalan tentang madu:

Kenapa doktor-doktor perubatan tidak bagi galakan bagi bayi yang berumur dibawah 12 bulan makan madu? 

Jawapannya:

Madu asli tidak ada bakteria dan kulat sebab bakteria dan kulat tak boleh hidup dalam madu asli (jika benar ini madu asli laaa). 

Tetapi ada sejenis bakteria clostridium botulinum yang boleh membiak melalui penghasilan spora. Selalunya spora ini berada di dalam tanah. Kadangkala spora clostridium botulinum boleh terdapat di dalam madu asli. Kajian di USA menunjukkan mereka menjumpai spora ini di dalam 10% madu asli di USA. 

Disebabkan bakteria ini tak boleh hidup dalam madu asli, spora ini pun tidak boleh bercambah di dalam madu asli. 

Tetapi, jika spora clostridium botulinum masuk ke dalam usus bayi, ia boleh bercambah di dalam usus bayi yang masih belum matang. 

Bila spora bercambah, ia mengeluarkan botulinum toxin. Sistem penghadaman yang matang bukan hanya boleh melawan spora ini tidak membenarkan spora ini bercambah, tetapi boleh juga melawan toxin yang dikeluarkan setelah percambahan spora ini. 


Sistem penghadaman bayi di bawah umur 12 bulan belum lagi matang untuk melawan toxin yang keluar dari clostridium botulinum dan penyakit yang bayi dapat dinamakan infant botulism. Toxin ini ialah neurotoxin, iaitu ia menyerang saraf yang berhubung ke otot-otot bayi dan ini boleh menyebabkan kelumpuhan atau gejala-gejala ini: 

1) Bayi yang lemah
2) Bayi yang tangisannya sangat lemah
3) Bayi yang tak telan susu dan boleh tersedak
4) Bayi yang tak boleh membuang dan tak berak
5) Bayi yang kurang bergerak dan lembik kerana toxin ini boleh menyebabkan bayi lumpuh 
6) Pernafasan terganggu dan perlukan kemasukan ke unit rawatan rapi untuk bantuan pernafasan

Rawatannya ialah antitoxin untuk mencegah kematian bayi dan bantuan pernafasan jika diperlukan sehingga sembuh. Gejala ini sudah dilapurkan di 26 negara di 5 benua. Masalahnya antitoxin ini mahal dan tidak boleh didapati di semua negara yang membangun.

Sebab inilah cara terbaik untuk mencegah  infant botulism ialah jangan berikan madu kepada anak-anak sebelum usia 1 tahun. Ini bukan masalah madu asli yang berkhasiat, tetapi masalah toxin dari spora clostridium botulinum yang boleh bercambah dalam usus bayi yang belum lagi matang untuk melawan toxin ini.


Semoga ilmu ini bermanfaat.

Sumber: FB Doktor Imelda

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157335809951659&id=679746658

SitiKadir
Stokis Asmak Putrajaya.
Pengedar Sah Mhamsb
0197582312

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

KHASIAT DAUN BUNGA RAYA