5 JENIS SAKIT PERUT YANG BIASA DIALAMI ORANG DEWASA


1. #Kembung_perut

Makanan tertentu boleh menyebabkan rasa kembung, senak perut, sering sendawa dan kentut.

Cara mengatasi:

Makan perlahan-lahan dan jangan makan terlampau banyak
Kurangkan minum air gas dan minuman manis
Elakkan makanan yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis
Kurangkan makan makanan tinggi lemak
Semak dulu kalau anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu

2. #Pedih_ulu_hati

Biasanya disebabkan senak perut atau perut yang terlalu penuh dan masalah pencernaan.

Cara mengatasi:

-Kurangkan kafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak
- Makan dalam kuantiti yang kecil
- Makan perlahan-lahan
- Jangan baring selepas makan
- Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat
- Kurangkan berat badan
- Berhenti merokok

3. Sakit ketika #haid atau #senggugut

Senggugut ialah rasa sakit perut ketika datang period. Sesetengah wanita juga akan rasa senak perut kerana perubahan hormon semasa haid boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan.

Cara mengatasi:

- Bersenam sebelum datang period
- Tuam panas
- Makan pil perancang
- Teh herba seperti Chamomile, Fennel, dan halia boleh membantu sakit cramp sewaktu period





4. #Gastroneteritis atau #radang_perut

Biasa dikenali sebagai ‘stomach flu’ . Tanda-tanda termasuk senak perut yang disertai dengan rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan demam.

Cara mengatasi:

- Jumpa doktor, anda mungkin perlu makan ubat antibiotik
- Banyakkan minum air agar sentiasa terhidrasi
- Pilih makanan yang mudah dihadam dan elakkan makanan pedas, berlemak, produk tenusu dan kafein
- Makan probiotics untuk mengganti bakteria baik di dalam perut dan usus
- Basuh tangan dengan kerap, dan kalau rasa larat, bersihkan rumah untuk mengurangkan jangkitan

5. #Sembelit
Kurang buang air besar juga boleh menyebabkan anda rasa senak perut.

Cara mengatasi:

- Banyakkan makanan yang berserat tinggi setiap hari
- Minum air yang banyak
- Bersenam
- Makan ubat untuk mengurangkan sembelit


SitiKadir
Stokis Asmak Putrajaya.
Pengedar Sah Mhamsb
0197582312

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.