CARA TANGANI HIDUNG BENGKAK (POLIP NASAL)
Apa yang boleh dibuat untuk merawat & mencegah?
Pertama sekali, sila berjumpa doktor untuk diagnosis masalah ini bagi
menentukan sama ada ia sinusitis ataupun tidak serta tahap keterukannya. Selepas
itu, barulah mulakan langkah untuk merawat dan mencegah masalah ini.
Untuk merawat masalah ini daripada terus berlaku…
Untuk merawatnya, doktor mungkin akan menyarankan ubatan untuk mencuci
rongga hidung jika masih di tahap tidak kronik. Namun harus diingatkan bahawa
ubatan ini tidak boleh digunakan lebih daripada 3 hari kerana mungkin wujud
kesan sampingan yang lain.
Jika sudah teruk, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil
antibiotik serta mendapatkan rawatan menggunakan wap. Dalam beberapa kes pula,
doktor juga mungkin akan memberikan steroid untuk menyembuhkan kondisi bengkak
dalam hidung.
Untuk mencegah masalah ini daripada terus berulang…
Mungkin tidak wujud sebarang cara khusus untuk mengelakkan jangkitan
kuman lantas menyebabkan kebengkakan dalam hidung. Ini kerana kita semua sudah
pasti terdedah dengan persekitaran yang kotor terutamanya jika kalian menginap
atau bekerja di kawasan tersebut.
Namun ada beberapa cara yang kalian boleh cuba untuk mengelakkan
jangkitan ini terjadi iaitu:
- Sentiasa memakai pelitup muka
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
- Jangan menyentuh muka dengan
tangan
- Tidak merokok dan berada dekat dengan perokok
- Jauhi segala perkara yang
boleh mengakibatkan alahan
Kredit: https://hellodoktor.com/keadaan-telinga-hidung-tekak/hidung/bengkak-dalam-hidung/
Stokis Asmak Putrajaya.
Pengedar Sah Mhamsb
0197582312
Comments
Post a Comment