4 RONGGA BERKAITAN DENGAN SINUS

APA ITU RESDUNG ?

Resdung dalam bahasa perubatannya dipanggil sinusitis.

Di bahagian muka kita ini ada 4 rongga kosong yang dipanggil sinus. Pada keadaan normal, lendir yang dihasilkan di rongga sinus ini akan mengalir melalui saluran-saluran kecil ke dalam hidung kita.

Tetapi bagi pengidap resdung, mereka ada masalah di rongga sinus ini. Sesuatu telah mengganggu dan menyebabkan lendir di rongga sinus ini tidak dapat mengalir dan terkumpul di bahagian rongga sinus.





Akibatnya, berlakunya bengkak pada rongga sinus ini yang disebabkan oleh tekanan dan radang pada bahagian tersebut.

Lendir yang terkumpul ini juga boleh mendatangkan risiko lain apabila tidak dirawat. Risiko ini pula bergantung kepada tahap resdung dan di bahagian mana resdung itu berlaku.

Apabila resdung tidak dirawat, lendir yang terkumpul di rongga sinus ini sangat ideal sebagai tempat pembiakan kuman bakteria. Pembiakan kuman bakteria pula boleh menyebabkan jangkitan pada rongga sinus.

Ini boleh menyebabkan ia bernanah dan merebak ke bahagian mata dan juga otak. Jangkitan di bahagian mata boleh menyebabkan buta dan bagi kes serius, jangkitan dibahagian otak boleh membawa maut.
Sebab itu anda kena rawat resdung sebelum ia bertambah teruk.



Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.