GATAL HIDUNG DAN KERAP BERSIN. HATI-HATI ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI SIMPTOM RESDUNG KRONIK


Penyakit resdung atau alergi rhinitis merupakan sesuatu yang amat lazim di seluruh dunia.

Selalunya, pesakit resdung akan mengalami simptom yang seakan-akan demam selesema seperti bersin, gatal-gatal atau mata dan hidung berair. Semua simptom ini akan terjadi sejurus selepas pesakit tersentuh atau terhidu alergen tersebut.

 

Namun, bukan semua pesakit resdung akan alami simptom yang teruk.

Ada pesakit yang hanya mengalami simptom yang ringan. Selalunya, pesakit resdung jenis ini boleh dirawat dengan baik dan efektif.

 

Walau bagaimanapun, wujud juga pesakit yang mengalami simptom resdung yang teruk dan berkekalan dalam satu tempoh masa yang lama.


Antara ciri ciri resdung yang teruk ialah sukar untuk tidur disebabkan alahan yang dihadapi. Akibatnya, mereka mungkin akan rasa tertekan kerana ketidakselesaan yang dialami.

 

Ciri ciri penyakit resdung yang teruk

Semua orang tahu penyakit resdung yang teruk boleh membuatkan hidung jadi tersumbat. Malah, resdung juga boleh menghilangkan deria bau seseorang dan mengganggu fungsi hidung yang lain.

Sebagai contoh, hidung manusia berfungsi menapis partikel kecil sebelum udara masuk ke dalam paru-paru. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai alahan, partikel kecil yang terperangkap di dalam rongga hidung boleh menyebabkan sensitiviti.


Selepas itu, tisu pada kawasan hidung akan mula mengalami inflamasi dan menyebabkan ia mula berair dan gatal-gatal.

 

Inilah salah satu ciri ciri resdung yang teruk yang anda perlu tahu. Walau bagaimanapun, resdung merupakan sesuatu yang lazim berlaku dan boleh dirawat dengan baik.

 

Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan resdung jadi semakin teruk ialah penyakit asma yang berlaku kepada 20% ke 40% pesakit. Malah, ada juga pesakit yang mungkin mengalami ekzema dalam masa yang sama.


 
Simptom penyakit resdung

 

Jika anda mempunyai penyakit resdung, simptom akan muncul selepas beberapa jam terdedah dengan sebarang alergen. Antaranya adalah:

  • Rasa gatal pada kawasan mulut, mata, tekak atau kulit
  • Tidak dapat menghidu dengan baik
  • Hidung yang berair
  • Kerap bersin
  • Mata berair

Namun, setelah beberapa ketika, pesakit mungkin akan alami simptom yang lebih teruk. Antara ciri-ciri resdung yang teruk ialah:

 

  • Hidung tersumbat
  • Batuk-batuk
  • Telinga tersumbat dan tidak dapat menghidu dengan baik
  • Sakit tekak
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Mata yang sembap
  • Rasa letih dan cepat marah
  • Pening kepala

 Bila anda perlu berjumpa doktor?

Pesakit alergi rhinitis atau resdung perlu berjumpa doktor jika simptom yang dialami mula mengganggu kehidupan seharian atau menjejaskan proses pembelajaran di sekolah.

 

Oleh sebab itu, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mungkin akan melakukan ujian seperti ujian darah immunoglobulin E (IgE) untuk menguji sama ada anda mengalami alergi ataupun tidak.

Selain itu, doktor juga mungkin akan melakukan ujian skin prick untuk menentukan alergen apakah yang menyebabkan anda mengalami alahan rhinitis.

 

Simptom yang pesakit alami disebabkan oleh alergi rhinitis selalunya akan hilang seiring dengan masa. Walau bagaimanapun, proses ini boleh makan masa bertahun-tahun dan ia juga mungkin tidak akan sembuh sepenuhnya.

Jika resdung yang anda alami bersifat ringan, anda boleh mengurangkan simptom dengan mengambil ubat secara over-the-counter.

 

Selain itu, anda juga boleh membilas saluran pernafasan anda dengan larutan garam untuk memastikan hidung anda bebas daripada sebarang bahan yang boleh menyebabkan iritasi.


 

Kesimpulan

Jangan risau jika anda kerap mengalami resdung. Kebanyakan simptom yang berlaku disebabkan alergi rhinitis boleh dirawat.

 kredit:

https://hellodoktor.com/keadaan-alergi-autoimun/alahan-hidung-mata/ciri-ciri-resdung-yang-teruk/


SitiKadir

Stokis Asmak Putrajaya.
Pengedar Sah Mhamsb
0197582312

Comments

Popular posts from this blog

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

TIPS MENJEMPUT REZEKI