TANDA BAYI ALAHAN DENGAN SUSU FORMULA
Tidak dapat dinafikan bahawa susu badan ibu adalah sumber nutrien terbaik buat seseorang bayi itu.
Sebagai ibu pastinya kita inginkan memberi sepenuhnya susu ibu kepada anak-anak kita. Tapi tak semua ibu berpeluang untuk melakukan sedemikian. Kadangkala, mereka terpaksa bergantung pada susu formula yang ada dijual di pasaran.
Susu formula mungkin nampak lebih menyenangkan,tapi sebagai ibu bapa kita hendaklah berhati-hati dalam pemilihan susu formula yang sesuai. Tambah pula jika anak yang mempunyai alahan tenusu (dairy allergy) yang berpunca daripada formula berkenaan.
Bagaimana kita nak tau sama ada anak kita serasi dan tiada alahan terhadap susu formula diambil?
Mesti ramai yang tertanya-tanya soalan yang sama kan. Tahukah anda apa tanda-tanda yang menunjukkan sekiranya susu formula yang dibeli itu tidak sesuai untuk anak anda? Menurut theAsianparents, antara gejala utama yang boleh dikenal pasti adalah menerusi reaksi bayi iaitu bergantung pada jumlah susu yang diambil.
Tanda si kecil mungkin alah pada susu formula itu boleh dilihat seawal satu minggu selepas anak anda mula meminum susu formula berkenaan atau mungkin lebih awal. Antara simptom alahan adalah:-
Malangnya, tiada ubat yang mampu merawat alahan ini. Sebagai ibu bapa, kita patut peka dan cuba elakkan anak anda daripada mengambil produk tenusu atau susu lembu. Kenal pasti setiap tanda-tanda alahan selepas mencuba bagi memastikan nyawa anak tidak terancam. Sekiranya, ada terdapat tanda-tanda seperti di atas. ia menunjukkan susu formula pilihan anda tidak sesuai untuk si comel.
Semoga Bermanfaat.
Sumber:
https://my.theasianparent.com/fakta-penting-alahan-susu-dan-simptom-kepada-bayi
Comments
Post a Comment