12 KELEBIHAN AIR PUTIH
Bangun pagi kepala rasa ting tong. Mungkin tak cukup air kot. 2-3 hari ni, memang ketara sangat kurang minum air. Kulit wajah pun dah start kering. N rasa susah nak membuang. 😌Hurm memang betul la tu.
Sejak hari Rabu lepas, Terkejar-kejar uruskan anak-anak, konvokesyen si kecik, pergi sana sini, bukak booth lagi, cod barang dan mengemas #HomestayKenanga. Musim konvo ni, berderet-deret booking. Setiap hari penuh.
Alhamdulillah rezeki mama Kak Siti tu.
Hingga Lupa pula badan kita perlu air putih secukupnya. patutlah rasa ting tong aje sejak akhir-akhir ni. Padahal, air sangat penting untuk badan kita. Ish ish ish Kak Siti ni.
Kebetulan, HQ ada share poster ni. Alamakk banyak rupanya kelebihan jika kita minum secukupnya, Terinsafff pulak.
Maknanya , tak mungkin kita boleh gemuk pun, jika kalo minum air banyak kan? 0 kalori lagi.
Tanpa bekalan air yang mencukupi, sistem badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan secara optimum. Tubuh badan manusia sebenarnya terdiri daripada 70 peratus air dan boleh dikatakan keseluruhan sistem tubuh badan memerlukan air.
Air hilang dalam bentuk yang boleh diukur (seperti air kencing dan najis) dan tidak diukur seperti peluh, proses respirasi (seperti hembusan nafas). Jumlah air yang telah hilang inilah yang perlu digantikan setiap hari untuk membantu mengekalkan fungsi tubuh.
Air juga sangat penting bagi menyokong sistem lain seperti pembaharuan sel-sel badan, melancarkan aliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan, melancarkan pergerakan sendi dan lain-lain lagi.
Jadi, bagaimana kita nak tahu keperluan air untuk badan setiap hari. Meh Kak Siti share lagi.
Kalo tengok. Table ni, Kak siti kena minum 2.9 liter sehari.
Fuhhh .. banyaknya. mampukan KAk Siti minum sebanyak itu. Tambah pula, Kak Siti seorang yang jenis susah minum air putih. Jadi Kak Siti tanya pakcik google bagaimana nak minum ikut keperluan tubuh badan kita.
Yang ada masalah sama dengan Kak Siti, boleh cuba tips ni
Air kosong adalah minuman terbaik buat mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ia tidak mengandungi kalori. Jumlah pengambilan air kosong yang bersesuaian untuk diminum oleh individu yang ingin menurunkan berat badan adalah sama seperti saranan individu normal iaitu sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Pengambilan air kosong yang cukup adalah penting kerana apabila air kosong yang diminum mencukupi, pengambilan air manis dan berperisa akan berkurang. Secara tidak langsung, kalori dari air manis telah dikurangkan dari jumlah kalori yang dimakan sehari. Ini menjadikan proses penurunan berat badan menjadi lebih berkesan.
Bagaimanapun DietFit Malaysia menyarankan pengambilan diet yang seimbang dan sihat juga sama penting dengan pengambilan air kosong, terutamanya buat individu yang ingin menurunkan berat badan.
Panduan Minum air Kosong oleh DietFit Malaysia:
- Bawa botol air kosong ke mana-mana sahaja, tidak kira ke tempat kerja atau semasa berjalan-jalan.
- Labelkan botol air kosong itu dengan waktu minum atau kata-kata semangat untuk memastikan anda terus minum air kosong yang mencukupi.
- Minum air terutamanya selepas anda ke tandas.
- Sekiranya anda tidak gemar akan rasa air kosong, tambahkan sedikit daun pudina, hirisan limau nipis atau lemon dan disejukkan semalaman. Ini boleh menambah rasa, tanpa menambah kalori pada air.
- Adalah lebih baik sekiranya anda tidak minum air dengan jumlah yang banyak sekaligus (lebih dari satu liter air) kerana ini akan menyebabkan anda kerap buang air dan terhidrasi. Oleh itu, lebih baik jika waktu minum itu dijarakkan.
- Panduan ini juga boleh digunakan semasa bulan puasa, di mana anda seharusnya minum air yang cukup antara tempoh berbuka hingga ke sahur.
- Jika anda adalah seorang yang aktif bersenam, gantikan semula peluh yang keluar dengan air kosong sekurang-kurangnya dengan dua gelas air.
Semoga bermanfaat.
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.