Posts

Showing posts from November, 2019

SABUN SKRUB KOPI BAGUS UNTUK KULIT BERMINYAK DAN JERAGAT. JOM KITA BUAT SENDIRI

Image
Rimas dengan kulit muka yang mulai BERJERAGAT dah BERMINYAK. Jom hilangkan dengan Sabun Skrub Kopi. Kali kita DIY sendiri dengan bahan2 yang ada dirumah. Bahan ↪Kopi ↪Gula Perang ↪Minyak semulajadi seperti Minyak Kelapa/Zaitun/Badam. Cara-caranya 1.Tambahkan 3 sudu teh kopi, 1 sudu gula perang dan 1 sudu minyak semulajadi (zaitun atau badam atau minyak kelapa). 2. Campurkan kesemuanya sehingga sebati. 3. Sapukan pada wajah anda dan urut dengan perlahan dalam pergerakan bulat selama beberapa minit. 4. Biarkan untuk beberapa minit. Lap wajah dengan kain bersih yang direndam dalam air suam. 5. Akhirnya, bilas muka anda dengan air sejuk untuk menutup pori kulit. Atau Campurkan beberapa garam Epsom dan serbuk kayu manis dalam bancuhan skrub di atas dan gunakannya untuk mendapatkan kulit yang jelas. Atau Campurkan 1 sudu kopi dengan 1sudu yogurt biasa. Sapukan keseluruh wajah anda (bagi kulit berminyak) dan urut perlahan-lahan selama satu atau dua minit. Bilas dengan

JANGAN MARAH JIKA ANAK SUKA MAIN STICKER?

Image
Anak suka main sticker?  Samalah macam anak-anak Kak Siti. Itulah benda yang mereka cari tiap kali pergi 'kedai berhantu'. habih buku-buku sekolah  atau almari baju dilekatkan dengan sticker. Pening mama bila tengok almari bling bling dengan sticker.  bila baca info di bawah, rupanya bagus main sticker ni. Ada kebaikan dari segi perkembangan anak-anak. Wajib tau, semua parents tahu kebaikan secara langsung dan tidak langsung. Yang masih belum tau tu, jemput baca infografik di bawah

PENTINGNYA BERURUT UNTUK IBU BERPANTANG

Image
Sejak akhir-akhir, makin ramai yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa bantuan ibu. Mungkin disebabkan faktor kesihatan ibu atau ibu sudah meninggal dunia. Jadi, jalan mudah berpantang sendiri. Bagi mereka yang berkemampuan dan ada budget lebih, ada yang ambil pakej beroantang dengan 'Confinement Lady' atau 'Confinement Centre'. Mana-mana boleh , yang penting keselesaan ibu dan bayi itu. Jika anda memilih untuk berpantang sendiri di rumah. Penglibatan suami sangat penting dalam memberikan bantuan dan sokongan. Suami perlu menjadi orang kuat yang membantu isteri sepanjang tempoh berpantang kerana proses bersalin amat meletihan dan menggunakan banyak tenaga. Encik suami, jangan lepas tangan pula. anda boleh bantu isteri dengan membuat kerjarumah. Tak lama, kejap jur dalam 40 hari sahaja. Mohon tunjuk ajar isteri jika kurang jelas especially, bab memasak. Tak mustahil coz daddy zaman sekarang tak kurang hebatnya. Jika anda berpantang se

MUSIM-MUSIM HUJAN, WAJIB SPARE SEBOTOL .

Image
Musim hujan ni, kak siti wajib spare sebotol minyak hitam ni. Anak sulung Kak Siti memang mudah semput dan batuk2 bila cuaca sejuk2 ni. Kalo ditambah pula, penangan 'air sejuk' makin cepat simpthom la menjadi. Koh koh koh batuk bila tidur malam.  Nafas mula tersangkut-sangkut . Belum lagi diusik dengan bunyi kahak dok sangkut-sangkut. Anak oh anak. Sebagai ibu, kita tak mampu nak kontrol keadaan betul tak. dia boleh dapatkan di sekolah atau buat sendiri. Mereka mampu buat sendiri tanpa bantuan. Apa yang kita boleh buat? .  Sebelum jadi teruk, kita cegahlah dari awal. Sediakan sebotol Minyak Herba Asmak untuk keperluan rumah. Bila nampak tanda-tanda kurang sihat, kita boleh la Sapu-sapu kat belakang, dada, labu betis dan tapak kaki. Sapu Kerap-kerap pun tak pe. InsyaAllah , ia melegakan. Janji anak sihat. Betul ker betul sangattt   Bagaimana nak dapatkan minyak herba asmak yer? Boleh hubungi Kak Siti di www.wasap.my/0197582312/mha

3 CARA ATASI BAYI KEMBUNG PERUT

Image
Alahaii asyik nangis je anak malam tadi. Pampers dah tukar, susu pun dah bagi berhenti kejap. Tak lama kemudian sambung nangis lagi. Berganti tangan mendodoinya tapi tetap nangis. Kenapa yer 🤔 . Mungkin kembung perut agaknya. Sapu-sapu minyak angin xxx pun tak jadi. Ker Nak kena urut ke untuk keluarkan angin? Pelagi, cepat-cepat Kak Siti cari tips atasi masalah bayi kembung perut kat Pakchik Gugel. Nak tau? Meh Kak Siti share.  1) Sendawakan bayi selepas menyusu - Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Mama jangan pi goncang goyang Inul pulak badan anak tu. 2) Elakkan makanan berangin bagi ibu menyusu - Mama perlu mengelakkan jenis makanan yang menyebabkan masalah kembung perut pada bayi, contoh kobis, brokoli dan kafein. 3) Mengurut dengan minyak aromatherapy - Guna minyak yang sesuai dan urutkan dengan lembut. Kehangatan urutan boleh memberi keselesaan pada bayi. Teknik urutan I LOVE U dapat mengeluarkan angin dengan segera. Haa

TIPS TANGANI ANAK TRANTUM

Image
Biasa tak alami situasi anak mengamuk bila keluar ke tempat terbuka especially shopping kompleks, karnival atau macam-macam lagi. Masa tu, mereka akan menangis dan menjerit jika kehendak mereka tak dituruti. Mesti ramai ibu bapa yang pening nak handle situasi sebegini. Rasa nak migrain terus pun ada. 😂 Jangan kata orang lain, Kak Siti kekadang pun surrender. Handle kerenah 5 orang rakyat jelata ni bukan mudah. 5 orang jadi terpaksa mengadap 5 ragam. Tips  yang selalu kak Siti guna adalah ajak makan. Anak-anak Kak Siti mudah mengalah bab makanan Especially makanan peberet mereka. Secara tak langsung, kita boleh alih perhatian anak-anak kepada perkara lain. Ada yang Nak tahu lebih banyak tips menarik cara tangani anak yang trantum? Jom baca infografik ni. InsyaAllah, ia membantu. Semoga bermanfaat. #ProdukAsmakMujarab

12 KELEBIHAN AIR PUTIH

Image
Bangun pagi kepala rasa ting tong. Mungkin tak cukup air kot. 2-3 hari ni, memang ketara sangat kurang minum air. Kulit wajah pun dah start kering. N rasa susah nak membuang.  😌 Hurm memang betul la tu. Sejak hari Rabu lepas, Terkejar-kejar uruskan anak-anak, konvokesyen si kecik, pergi sana sini, bukak booth lagi, cod barang dan mengemas  # HomestayKenanga . Musim konvo ni, berderet-deret booking. Setiap hari penuh. Alhamdulillah rezeki mama Kak Siti tu. Hingga Lupa pula badan kita perlu air putih secukupnya. patutlah rasa ting tong aje sejak akhir-akhir ni. Padahal, air sangat penting untuk badan kita. Ish ish ish Kak Siti ni.  Kebetulan, HQ ada share poster ni. Alamakk banyak rupanya kelebihan jika kita minum secukupnya, Terinsafff pulak. Maknanya , tak mungkin kita boleh gemuk pun, jika kalo minum air banyak kan? 0 kalori lagi.  Tanpa bekalan air yang mencukupi, sistem badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan secara optimum. Tubuh badan manusia se

APA ITU BUASIR?

Image
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza. Buasir dalaman Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam. Buasir luaran Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada