BAGAIMANA DOKTOR BOLEH TAHU ANAK ADA ASMA ?
.
Simptom-simptom asma lebih kurang sama macam lelah dan pneumonia. Sebagai orang awam, agak susah untuk kita kenalpasti yang mana satu terkena pada anak kita. Macam mana nak tentukan sama ada anak kita betul-betul ada penyakit asma? Apa cara yang doktor gunakan untuk menentukan?
.
Ada beberapa cara yang doktor gunakan untuk mengesan asma. Ada yang murah, ada yang mahal. Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Artikel ini membincangkan 2 cara yang paling popular, dan sebagai ibubapa kita kena pandai pilih mana satu yang paling sesuai dengan anak kita. Jom baca.
.
#1 Ujian Darah
.
Ujian ini adalah yang paling sesuai untuk mereka yang terlalu sensitif kepada allergen, ataupun benda yang boleh menyebabkan serangan asma. Namun begitu, keputusan ujian ini agak lama untuk dikeluarkan dan kosnya mahal. Tapi jangan risau, biasanya keputusan ujian ini sangat tepat.
.
2# Ujian Kulit
.
Ujian kulit adalah yang paling popular berbanding ujian darah. Mungkin kerana kosnya yang lebih murah dan masa yang diambil lebih cepat, iaitu hanya dalam 2 jam sahaja. Siapa yang taknak cepat kan? Dahlah murah.
.
Yang tak berapa menyeronokkan, ujian ini tak berapa sesuai untuk mereka yang terlalu sensitif kepada allergen kerana semasa ujian dijalankan, kulit akan didedahkan dengan bahan yang menyebabkan elergi seperti makanan dan latex.
.
Kesimpulannya, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa ujian untuk anak anda ya?
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#ProdukAsmakMujarab #ProdukSemulajadi #AsmakbyMhamsb
Comments
Post a Comment