Posts

TIPS SEBELUM MELAKUKAN URUTAN PADA BAYI .

Image
🌹Pilih masa yang sesuai, di mana bayi berada dalam keadaan yang paling rilek, santai, tidak penat dan kenyang. 🌹Letakkan bayi di atas tuala yang dibentang di atas lantai atau katil. Si ibu pula duduk bertentangan dengan bayi 🌹Cuba cari posisi yang paling selesa di mana si ibu boleh membuat eye-contact dengan bayi. Pastikan tiada lampu atau cahaya di atas kepala bayi anda untuk mengelakkan silau. 🌹Nak pakai lampin atau tak? Sebenarnya terpulang, tetapi kalau bayi tak pakai lampin, pergerakan lebih bebas dan bayi dapat merasai pergerakan semasa urutan. 🌹Sebelum bermula, sediakan dulu baby oil yang sejuk untuk urutan. Cuba elakkan minyak urutan yang mempunyai essential oil yang pekat, kerana kulit bayi masih sensitif. 🌹Masa terbaik untuk urutan? Seeloknya, selepas mandi dan juga sebelum tidur adalah masa yang terbaik untuk bonding-time. . . 🌸 Semoga Bermanfaat 🌸 . #infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

ANAK SEMBELIT? RISAUNYERRRR.

Image
Masalah anak sembelit memang boleh buat hidup seorang ibu jadi susah hati. Apatah lagi, bila lebih 3 hari tak poo poo (membuang air besar). Setiap kali nak poo poo, anak pasti akan menangis sekuat hati. Kadangkala tu, sampai merah muka dibuatnya. Hati ibu mana yang tak risau. Kesian melihat anak yang beria-ia meneran tapi najis masih tak keluar juga. Rasanya, tentu ramai ibu pun mengalami masalah yang sama iaitu anak sukar buang air besar atau sembelit. Kalo nak tahu, Sebenarnya masalah sembelit sangat jarang berlaku di kalangan bayi yang menyusu susu ibu. Tetapi tidak mustahil untuk bayi yang minum susu formula, risiko untuk mereka terkena sembelit lebih tinggi. Selain itu, masalah bayi sembelit juga boleh berlaku di kalangan bayi yang baru mula makan makanan pejal. Tetapi jarang ada di kalangan mereka mengalami masalah sembelit berpanjangan. Bagaimana kita nak kenalpasti baby kita mempunyai sembelit? Ini antara tanda-tanda biasa menunjukkan si kecil mempunyai masalah ...

ANAK SERING LIAT BANGUN TIDUR. JOM CUBA TEKNIK INI.

Image
Anak sering liat bangun tidur? Setiap hari pasti lewat ke sekolah. Dah macam-macam cara cuba, tapi tiada perubahan pun sebaliknya kita pulak dimarahinya. Stress mama di buatnya. Sebenarnya ade strategi dan teknik nak kejutkan anak dengan cara yang betul.Disamping kesabaran ibu itu sendiri.Meh kita kongsi. 1.Sebelum tidur ♥cetuskan rasa ghairah nak bangun tidur.Contohnya "esok cikgu nak wat puppet show,sapa lambat pegi sekolah tak dapatlah tengok". ♥peluk cium anak agar anak rasa syok,rasa hepi nak tidur. 2.Kejutkan dengan Kasih Sayang ♥Sentuh hujung ibu jari kaki,bahu dan goyang perlahan. ♥panggil nama dengan lembut dengan panggilan memuji dan manja,"Bangun sayang,anak ibu yang soleh". ♥peluk cium lah anak tu..dah bangunkan kira cam reward. ♥Ajar doa bangun tidur dan bagi minum air sikit. 3.Jika TAK berkesan, tutup AIRCOND atau pon KIPAS gerenti bangun punya. . Elakkan 😱 * menjerit jerit nama anak *gunakan bahasa kesat,kasar *menepuk,gunakan p...

"KALAU NAK BEDUNG, BEDUNG DENGAN BETUL!"

Image
Tradisi membedung bayi telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak dari dulu lagi. Membedung bayi dapat membuatkan bayi berasa aman dan selesa. Tetapi ramai ibu-bapa masih lagi tidak tahu cara yang betul. membedung bayi dengan cara yang salah boleh membuatkan bayi berisiko tinggi untuk menghidap sakit hip dysplasia iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul.  Ikuti perkongsian dari Dr. Nimelesh Max Balanthiren untuk cara bedung bayi yang betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para ibu-bapa di luar sana. Kerap kali saya berjumpa ibu bapa yang membedung anaknya dengan ketat sekali. Bila ditanya, "alaa Doktor kalau tak bedung, nanti bila besar akan jalan kengkang" ini lah alasan yang diberi oleh mereka. Bukan sahaja di Kota Tinggi, masa i buat attachment Housemanship (Paeds Orthopedik) kat HKL pun dengar benda yang sama. Ini adalah tidak benar sama sekali. Tiada masalah untuk bedung bayi. Pada pendapat saya ada banyak kebaikan bedung bayi - Bayi ...

DOA BUAT ANAK-ANAK YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Image
Asalamualaikum WBT Kepada semua ibu bapa yang anaknya akan menduduki PT3 bermula arini 1/10/2018 hingga 4/10/2018, kita mendoakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG. Mari kita titipkan sepotong Doa untuk anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan PT3 . *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين *بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*  اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ   أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن  وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين *Ya Allah,* Esok 1/10/18 hingga  4/10/2018 anak2   akan menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH,...

ANAK DEMAM PANAS? CUBA GUNA PETUA INI.

Image
PETUA MENANGANI DEMAM YANG TINGGI. Assalamualaikum Hai semua! Sejak akhir-akhir nie, ramai anak yang mengalami demam yang agak tinggi. Jangan dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh mengakibatkan sawan. Sila bawak ke klinik atau hospital secepat mungkin jika ia berterusan lebih 3 hari. Pagi nie, kak siti nak share petua tangani demam dengan cara semulajadi. Sangat MUDAH didapati dan dilakukan. Hanya 1 bahan sahaja. Rasanya, setiap rumah pasti ada bahan ini. Betul tak😊 Caranya boleh dilihat pada gambar dibawah. Selamat Mencuba. Semoga anak-anak kita sembuh dengan izinNya.

10 TIPS MUDAH MEMBENTUK PERIBADI TERPUJI DAN SAHSIAH ANAK-ANAK

Image
Sebagai Ibu bapa pastinya ingin menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kan? Hati bunga-bunga apabila anak-anak menempatkan diri kita dijadikan hero di mata dan hati mereka.   Tahukah semua, Sebenarnya kita semua mampu menjadi ibu bapa yang hebat. Kunci utama adalah dengan sentiasa perbaiki diri dan tidak jemu menambah ilmu. Bagaimanapun, sebagai ibu bapa kita juga tak terlepas dari melakukan kesilapan di depan anak-anak. Nak sama-sama mencipta kebahagiaan, amalkan tip menjadi ibu bapa terbaik untuk membentuk sahsiah anak-anak dari Prof Dr Muhaya.  10 Tips Cara Mudah Membentuk Akhlak dan Sahsiah Anak dari Prof Dr. Muhaya.  1) Kalau Tiba-tiba Teringatkan Anak,Kirimkan Bacaan Al-Fatihah. Apabila sampai kepada ayat          “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan” Mintalah apa-apa sahaja ha...