IBU DAN BUKU PINK DAH BERPISAH TIADA

Alhamdulillah, ibu kini disahkan hamil. Tahniah ibu! Dah buat buku pink belum? Ha..dalam teruja tu jangan lupa untuk daftar kehamilan dan buka buku pink tau! Buka buku pink? Untuk apa? Wajib ke?
Bagi mama-mama muda yang kali pertama bakal melahirkan cahaya mata, mama kena tahu langkah-langkah yang betul untuk membuat buku pink ni. Nak tahu? Jom semak!


BILA waktu sesuai buka buku pink ibu mengandung?

Bagi wanita yang pertama kali bergelar ibu, mesti tertanya - tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan. 
Kalau nak tahu, kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencegah 10 minggu. 10 minggu keatas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil dan bayi.

Boleh tak nak buka buku pink AWAL?

Boleh ajerr dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi.
Mungkin kalau tiada masalah, lebih baik ruang waktu itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Apa yang ada dalam buku pink ini?

Dalam buku pink ini terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi. Amat penting para ibu sekalian, dari awal lagi perlu menjaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam . Nanti bila nak buka buku pink, takde lah masalah kesihatan lain pula.

Sebaiknya, kalau nak pergi bercuti atau travel, balik kampung ke. Jangan lupa yer bawa bersama buku pink ini. Ianya mudah untuk refer ke klinik atau Hospital yang berdekatan jika berlaku apa-apa.

Kenapa BAHAYA buka buku pink lambat sangat?
Ianya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu malah para ibu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Tak kira dimana ibu memilih untuk dapatkan pemeriksaan antenatal,pastikan ibu memenuhi setiap temujanji doktor. Sekiranya, ibu dikategori sebagai berisiko tinggi, kehamilan anda akan dirujuk kepada doktor pakar. Jangan lupa maklumkan kepada doktor, sekiranya ibu mengalami sebarang masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan ruang. 
"Kehamilan adalah memori yang bersejarah bagi setiap ibu bapa. Ingatlah memori ini, ciptakan banyak kebahagiaan di momen ini."

SitiKadir
Stokis Asmak Putrajaya.
Pengedar Sah Mhamsb
0197582312

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.