BOLEH KER MADU ASLU DIAMALKAN OLEH BAYI BERUMUR 1 TAHUN KE BAWAH?
Soalan tentang madu: Kenapa doktor-doktor perubatan tidak bagi galakan bagi bayi yang berumur dibawah 12 bulan makan madu? Jawapannya: Madu asli tidak ada bakteria dan kulat sebab bakteria dan kulat tak boleh hidup dalam madu asli (jika benar ini madu asli laaa). Tetapi ada sejenis bakteria clostridium botulinum yang boleh membiak melalui penghasilan spora. Selalunya spora ini berada di dalam tanah. Kadangkala spora clostridium botulinum boleh terdapat di dalam madu asli. Kajian di USA menunjukkan mereka menjumpai spora ini di dalam 10% madu asli di USA. Disebabkan bakteria ini tak boleh hidup dalam madu asli, spora ini pun tidak boleh bercambah di dalam madu asli. Tetapi, jika spora clostridium botulinum masuk ke dalam usus bayi, ia boleh bercambah di dalam usus bayi yang masih belum matang. Bila spora bercambah, ia mengeluarkan botulinum toxin. Sistem penghadaman yang matang bukan hanya boleh melawan spora ini tidak membenarkan spora ini bercambah