BABY KEMBUNG PERUT? BEGINI KITA TANGANI CARANYA
Seperti kita tahu baby yang kembung akan mudah meragam. Menangis tak berhenti. Sampai tidur pun tak lena. Masalah ini menyebabkan ramai ibu berasa rungsing.
Ibu, jangan panik yer.
Bayi yang berusia 0 hingga 6 bulan memang kerap mengalami kembung perut.
Sedang kan, kita yang dewasa kalau kembung perut pun rasa tidak selesa. Inikan pula bayi.
Meh Kak Siti share sedikit info dari www.marvelousbaby.com. Bagus sangat. Mari kita baca dan amalkan.
5 Petua untuk elak kembung perut pada bayi.
1. Usah biarkan bayi menangis berpanjangan.
>> Tanpa kita sedari, Banyak angin akan masuk ke perut bayi dan membuatkan bayi anda tidak selesa.
2. Sapu minyak angin/minyak telon pada perut, belakang badan, betis dan tapak kaki selepas mandikan bayi atau bila perlu.
>> Dapat memberi keselesaan pada bayi. Kak Siti suka sapukan Minyak Herba Asmak pada anak-anak. Sedap berangin. Tak lama pastu, pruppp pruppp angin keluarlah.
3. Sendawakan bayi setelah bayi minum susu.
>> Ini sangat penting. Tepuk/usap belakang badan perlahan- lahan sehingga bayi sendawa. Ia juga mengelakkan bayi jeluak atau muntah.
4. Periksa perut bayi | Tekan perlahan atau tepuk perut bayi dengan jari atau jentik sedikit.
>> Perut bayi akan keras dan berbunyi seperti tong kosong yang diketuk apabila kembung. Elak memeriksa ketika bayi sedang menangis.
5. Bagi ibu yang menyusukan bayi, elakkan makan makanan yang sejuk dan berangin.
>> Makanan yang dimakan ibu memberi efek secara langsung kepada bayi yang menyusu badan.
Nota: Kembung perut bukan punca utama bayi menangis.
Antara sebab lain; bayi anda lapar, lampin basah atau ingin perhatian dari ibu. Jika bayi tidak berhenti menangis, rujuk pada doktor yang bertauliah segera.
#ProdukAsmakMujarab
#ProdukSemulajadi
#AsmakbyMhamsb
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
Tq tips ni. Sangat berguna! ❤️
ReplyDeleteTerima kasih atas infonya
ReplyDelete