"SEKSA BETUL NAK MAKAN BILA BATUK NI"


.
Situasi ni biasa terjadi pada seseorang yang alami batuk. Yelah nak makan je batuk pastu mula nak tersembur makanan dalam mulut. Seksa betul rasa. Bagi orang yang mengalami batuk, ada beberapa jenis makanan yang sesuai dengan anda.

1. MAKANAN YAND MUDAH DITELAN

Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah dan sayur lembut, yogurt dan lain-lain. Contoh buah yang lembut ialah pisang dan betik.

2. ELAKKAN MAKANAN YANG KERAS

Makanan yang keras akan membuatkan tekak anda mula berasa gatal dan mula nak batuk. Bila ini terjadi ia akan bagi kesan dan meningkatkan risiko radang dibahagian tekak. Keropok antara makanan yang keras yang perlu dielakkan. Dah elok batuk baru makan ya.

3. MAKANAN BERGORENG

Makanan yang bergoreng harus dielakkan juga sebab ia mampu memberi ketidakselesaan pada tekak anda. Serdak dari makanan goreng tadi boleh membuat tekak anda gatal. Apa kata anda gantikan makanan goreng tadi kepada sup ataupun makanan berasaskan rebusan.

4. JAUHI MAKANAN YANG PEDAS

Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.

Jika batuk anda semakin teruk, segera berjumpa dengan doktor. Jangan sesekali tangguh.

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MENJEMPUT REZEKI

BUAH-BUAHAN YANG AMAT SESUAI DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG.

BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN KAHAK HIJAU.