Posts

5 PANDUAN MEMILIH SET MANDIAN BAYI

Image
Bila ada anak kecil ni, segala-galanya mestilah lengkap  from head to toe,  termasuklah kelengkapan mandian untuk si manja. Yelah, kita sebagai ibu bapa ni hanya nakkan yang terbaik untuk si manja. Walaupun kat luar sana terdapat lambakan produk mandian yang boleh kita pilih, tapi ibu bapa kena berhati-hati, risau ada bahan berbahaya dan mungkin sensitif pada kulit si manja. Haa..kalau pening dan tak tahu nak pilih produk apa yang sesuai untuk si manja, apa kata anda ikuti tips-tips yang kami kongsikan ni.. SitiKadir Stokis Asmak Putrajaya . Pengedar Sah Mhamsb 0197582312

BISA SEMUT CHARLIE😖

Image
Jika korang terlihat serangga kecil yang secara zahirnya kelihatan seperti semut, tetapi mempunyai badan berbelang berwarna hitam merah. Sebaiknya ,kita kena lebih berhati-hati dengan serangga ini kerana ia mempunyai bisa dan sangat berbahaya. Semut Charlie atau nama saintifiknya Staphylinidae hanya bersaiz kecil, namun serangga ini mampu memberi kesan yang teruk kepada manusia sekiranya terkena bisanya. Toksin Semut Charlie dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung (Cobra). Gigitan semut itu boleh memberi kesan seperti bengkak, sakit dan gatal terutama kepada kanak-kanak.  Untuk info lebih , jemput baca gambar yang Kak Siti save dibawah. Info macam ni, sedikit sebanyak kita kenalah amik tau.    Teringat terbaca testimoni customer , bayi nya berusia 4 bulan terkena gigitan Semut Charlie. Allahuakbar. Kesiannya. Tak dapat bayangkan keperitan bayi sekecil tu. Ibunya cuba ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak je. Asalnya, cuma nak elakkan ubat disapu kat ...

INFO COVID 19 DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Image
COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8 pagi, 16 Mac 2020. Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.  Filipina, walaupun jumlah kes menjangkau 140, negara itu mempunyai kes kematian agak tinggi (11 kes) dengan kadar kematian 7.9%. Sumber : KKM # COVIDー19   Ringkasan situasi terkini di Malaysia, 16 Mac 2020. KKM kini telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia. - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri @DrAdhamBaba Senarai Jumlah pesakit yang sembuh dan telah dicaj sehingga 16 Mac 2020 Orang ramai mesti terus mengamalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19.  Kita mampu mencegah jangkitan ini. Ikuti langkah-langkah seperti dibawah terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi contohnya anda perlu menghadiri appointment hospital. Jika ada...

STATISTIK TERKINI WHO LAPORAN COVID-19 SEHINGGA 16 MAC 2020

Image
COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8 pagi, 16 Mac 2020. Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang. Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11 kes) dengan kadar kematian 7.9%. Sumber : KKM

TOPENG MUKA DIY

Image
Sekiranya anda menggunakan topeng muka jenis DIY atau jenis kain yang dijahit pastikan penggunaannya tidak melebihi 3 jam dan pastikan ia dibasuh dengan bersih & dijemur sebelum dipakai semula.  Kajian yang dilakukan terhadap penggunaan topeng muka jenis ini mendapati ia tidak mampu melindungi dari jangkitan penyakit malah mungkin menyebabkan risiko jangkitan lebih TINGGI. Ia kerana topeng muka jenis kain DIY ini mempunyai tahap retensi kelembapan yang tinggi yang menyebabkan kuman boleh berkumpul.  Ianya juga mungkin tercemar dengan kuman apabila topeng ini dibuka , diletakkan di atas meja, dalam poket atau beg, kemudian dipakai semula ke muka.  Namun ia mampu menapis partikel pencemaran yang besar , cahaya matahari dan bau busuk persekitaran.  .  Utamakan basuh tangan berbanding topeng muka sebagai kaedah pencegahan. 👌🏻 Semoga bermanfaat. 🤗 Info : Public Health Malaysia #StokisAsmakPutrajaya

HAND SANITIZER ATAU PENCUCI TANGAN?

Image
Hand Sanitizer memang penting. Tapi jangan lupa, Cuci tangan pun sangat penting. Pastikan Cuci tangan dengan betul dapat mencegah dari sebarang jangkitan termasuk COVID-19. Ikuti dan ajarkan anak-anak kita tentang langkah-langkah membasuh tangan dengan betul. Cara pakai/guna Hand Sanitizer : 1. Tuangkan hand sanitizer ke telapak tangan dalam jumlah cukup banyak untuk membuat tangan basah ketika digosoko. 2. Gosok selama 20-30saat kemudian bersihkan bahagian dalam telapak tangan dan luar. Jangan lupa bahagian jari dan kuku. 3. Biarkan hingga tangan kering dengan sendiri. Jangan lupa tau,walaupun ada guna handsanitizer wajib selalu cuci tangan.🤓

VASKULITIS - RADANG PADA SALURAN DARAH

Image
#Vaskulitis adalah radang pada saluran darah. Ia boleh menyebabkan penebalan dan penyempitan saluran darah dan mengakibatkan sekatan aliran darah sehingga akhirnya terjadi kerosakan tisu dan organ yang terlibat. Vaskulitis boleh melibatkan semua jenis saluran darah pada badan. Ini termasuk arteri besar dan saluran darah halus. Kerosakan yang lebih serius akan berlaku sekiranya saluran darah yang lebih besar terlibat dalam vaskulitis. #Punca Vaskulitis boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ubat-ubatan, kanser, penyakit darah atau penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritematosus.  Walau bagaimanapun, separuh daripada kes vaskulitis tidak dapat dikenalpasti puncanya. Jangkitan kuman seperti virus atau bakteria boleh menyebabkan vaskulitis. Ubat-ubatan yang boleh dikaitkan dengan vaskulitis termasuk antibiotik, antisawan, diuretik dan ubat tahan sakit. Kanser dan penyakit darah tertentu boleh meningkatkan kepekatan darah yang juga boleh menyebabkan vask...