Posts

MENGAPA BAYI SAYA DEMAM

Image
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk : ❌selesema ❌flu ❌sakit tekak ❌jangkitan telinga ❌jangkitan salur kencing; ❌masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis ❌virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ket...

RUAM LAMPIN

Image
Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang. Jika bayi anda terkena ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas kemaluannya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik. Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk: ❌ Infeksi yis, seperti kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Ja...

CIRI-CIRI ANJING YANG DIJANGKITI RABIES

Image
Penyakit rabies ni sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa anda. Kanak kanak sering menjadi mangsa virus maut ini. untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda kena tahu ciri-ciri anjing yang membawa virus ini iaitu : 💀 Gelisah dan agresif 💀 Menyendiri 💀 Takut cahaya 💀 Air liur berlebihan (tanda paling nyata) 💀 Mengigit apa sahaja 💀 takut air 💀 Takut suara Sentiasa awasi anak anda terutama dikawasan yang mempunyai banyak anjing ! #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

RABIES @ ANJING GILA

Image
PENYAKIT anjing gila atau dikenali sebagai rabies ialah penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas. Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan mangsa yang dijangkiti biasanya akan menemui ajal. Penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain melalui gigitan daripada haiwan berjangkit. Sentiasa awasi anak-anak anda bila bermain di luar. Jangan biarkan mereka berseorangan. #InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

CARA MENGURANGKAN BENGKAK EDEMA

Image
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan. ✅ Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah. Senaman ringan yang boleh dilakukan di pejabat untuk merawat kaki bengkak ketika hamil/edema. Sumber gambar :Slism ✅ Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Senaman ringan yang boleh dilakukan di pejabat untuk merawat kaki bengkak ketika hamil/edema. Sumber gambar : Slism ✅ Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak ...

JAUNDIS @ DEMAM KUNING

Image
Apa tu Jaundis ? Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. Apa pulak tu Bilirubin? Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. Jaundis selalu kena pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kelahiran Apa punca Jaundis ni ek? Beberapa jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang. #InfoByMhamsb #AsmakByMhamsb

APA ITU EDEMA@OEDEMA ?

Image
Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa. Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. APA ITU EDEMA@OEDEMA ? Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak d...