ANEMIA DI KALANGAN WANITA
Pernah tak mommy dari berbaring, nak bangun berdiri rasa nak rebah atau nak jatuh, rasa pandangan malap tak malap cam tu? Atau dari duduk tetiba bangun rasa badan terhuyung-hayang.
Haa, kena hati-hati tau mommy, tu antara tanda kita ada darah rendah. Tambah pula bila mommy preggy, lagi lah kena alert perkara macam ni sebab sangat merbahaya untuk mommy dan baby ok.
Inilah antara simptom Anemia (HB Low) yang dialami ramai wanita hamil termasuk Kak Siti sendiri.
Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.
Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
#Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila anda menghidap anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya, cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.
Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi jika anda:
👶🏻Hamil anak kembar
👶🏻Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah dekat
👶🏻Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan
👶🏻Hamil pada usia terlalu muda (remaja)
👶🏻Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi
👶🏻Sudah mengalami anemia sebelum hamil
👶🏻Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi
👶🏻Wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu,
👶🏻Pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak,
👶🏻Ibu yang sedang menyusukan bayi.
Sumber: Harian Metro
Siti Kadir
Stokis Asmak Putrajaya
Comments
Post a Comment