VASKULITIS - RADANG PADA SALURAN DARAH
#Vaskulitis adalah radang pada saluran darah. Ia boleh menyebabkan penebalan dan penyempitan saluran darah dan mengakibatkan sekatan aliran darah sehingga akhirnya terjadi kerosakan tisu dan organ yang terlibat. Vaskulitis boleh melibatkan semua jenis saluran darah pada badan. Ini termasuk arteri besar dan saluran darah halus. Kerosakan yang lebih serius akan berlaku sekiranya saluran darah yang lebih besar terlibat dalam vaskulitis. #Punca Vaskulitis boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ubat-ubatan, kanser, penyakit darah atau penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritematosus. Walau bagaimanapun, separuh daripada kes vaskulitis tidak dapat dikenalpasti puncanya. Jangkitan kuman seperti virus atau bakteria boleh menyebabkan vaskulitis. Ubat-ubatan yang boleh dikaitkan dengan vaskulitis termasuk antibiotik, antisawan, diuretik dan ubat tahan sakit. Kanser dan penyakit darah tertentu boleh meningkatkan kepekatan darah yang juga boleh menyebabkan vaskulit