10 Amalan Mudah Untuk Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan!
#No1 Tunaikan solat fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.
Buat 6 langkah ini juga:
+ Sebelum Subuh = Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat.
+ Selepas azan Subuh = Solat sunat subuh, ganjaran sebesar dunia dan seisinya.
+ Lepas Subuh = Baca surah Yassin InshaaAllah di makbulkan segala hajat.
+ Waktu Dhuha = Solat Dhuha dan doa Dhuha, kunci pembukaan pintu rezeki.
+ Selepas solat Asar = Baca surah Al-Waqiah, menurunkan rezeki melimpah ruah.
+ Di antara Magrib dan Isyak = Baca surah Al-Mulk untuk pembukaan rezeki.
#No2 Laksanakan solat tarawih dan qiyammullail pada setiap malam. Kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah solat setiap hari selama 84 tahun!
#No3 Bersedekah walaupun RM1 pada setiap malam. Sebab kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah bersedekah setiap hari selama 84 tahun!
#No4 Membaca Al-Quran walaupun 1 muka surat setiap malam.
Baca juga Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermana seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 tahun!
#No5 Berbuat baik & banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, suami isteri dan anak-anak.
#No6 Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa. Nak paling mudah baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat.
#No7 Baca sepanjang masa doa ini:
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”
#No8 Banyakkan bertenang dan jauhkan diri dari sebarang pergaduhan. Ingat orang yang tenang sentiasa menang.
#No9 Banyakkan berdoa semoga Allah terima amal ibadah yang kita lakukan. Terutama 30 minit doa sebelum nak berbuka puasa.
#No10 Jauhkan diri daripada sifat riak dengan amalan yang telah kita lakukan. Doa begini,
‘Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadan yang mulia dan terimalah segala amalan kami’
Rebutlah peluang di 10 malam terakhir Ramadhan ni. Di doakan agar kita semua beroleh #LailaturQadar dan dapat ganjaran pahala dari Allah swt.
10 malam terakhir ni sekejap je, kan? Jom mulakan dari sekarang!
Comments
Post a Comment