10 Amalan Mudah Untuk Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan!
#No1 Tunaikan solat fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah. Buat 6 langkah ini juga: + Sebelum Subuh = Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat. + Selepas azan Subuh = Solat sunat subuh, ganjaran sebesar dunia dan seisinya. + Lepas Subuh = Baca surah Yassin InshaaAllah di makbulkan segala hajat. + Waktu Dhuha = Solat Dhuha dan doa Dhuha, kunci pembukaan pintu rezeki. + Selepas solat Asar = Baca surah Al-Waqiah, menurunkan rezeki melimpah ruah. + Di antara Magrib dan Isyak = Baca surah Al-Mulk untuk pembukaan rezeki. #No2 Laksanakan solat tarawih dan qiyammullail pada setiap malam. Kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah solat setiap hari selama 84 tahun! #No3 Bersedekah walaupun RM1 pada setiap malam. Sebab kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah bersedekah setiap hari selama 84 tahun! #No4 Membaca Al-Quran walaupun 1 muka surat setiap malam. Baca juga Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, kal