SESUAI TAK JIKA KITA 𝐌𝐈𝐍𝐔𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐔 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐇𝐀𝐑𝐈
“Dahaganya tapi boringlah minum air masak. Sedapnya kalau dapat pekena Sprite ke, Pepsi ke. Tapi…hari ni sudah banyak minum air manis-manis. Tak pasal kena kencing manis pulak, alahai..” MANIS TAPI SIHAT? Ya, memang lega kalau dapat minum air sebegitu. Tapi, tidak digalakkan selalu kerana mengandungi kadar gula yang tinggi. Kan tidak baik untuk kesihatan… Eh, ada ke air yang manis, tapi bagus untuk kesihatan? Ada, tak percaya? KESAN APABILA SELALU MINUM MADU Anda boleh minum madu yang dicampur dengan segelas air kosong. Enak diminum semasa panas mahupun sejuk. Secawan sehari sudah cukup memadai. Ini kerana madu: 1. MENGURANGKAN ANGIN DALAM BADAN Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air madu suam. Anda akan dapati angin semakin kurang dan rasa selesa. 2. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral yang mampu memerangi bakteria dalam badan sekali gus meningkatkan sistem ketahanan diri. 3. MEMBUANG TOKSIN S